top of page
VR-example.jpg

Teknologi Realiti Maya (VR)

Realiti maya atau Virtual reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas, tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fonkepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad.


Pengguna boleh berinteraksi dengan persekitaran VR, sama ada melalui peranti input piwaian seperti papan kekunci dan tetikus atau melalui peranti direka khas seperti sarung tangan berwayar dan mesin jalan (treadmill) pelbagai arah. Persekitaran simulasi boleh menyerupai dunia sebenar sebagai contoh, simulasi bagi juruterbang atau latihan tempur atau ia boleh berlainan sama sekali berbanding alam sebenar, sepertimana dalam permainan VR. Sebenarnya, amat sukar untuk menghasilkan pengalaman realiti maya sebenar, kerana kekangan teknikal pada kuasa pemproses, resolusi imej dan lebar jalur. Bagaimanapun, kekangan-kekangan ini dijangka dapat diatasi apabila teknologi menjadi semakin maju dan murah.


​

6258_6103.jpg

Sejarah VR

Realiti maya pada asalnya membawa erti sistem lengkap sepenuhnya walaupun ia kemudiannya telah digunakan bagi menggambarkan sistem tanpa sarung tangan berwayar atau sut sentuh contohnya seperti VRML dan X3D pada World Wide Web dan kadang-kala juga bagi sistem interaksi berasaskan teks seperti MOO atau MUD. Sistem realiti maya bukan penuh menggunakan skrin komputer biasa dan pengguna mengawal persekitaran maya menggunakan tetikus atau peranti input lain.


Istilah realiti maya (Virtual Reality) dicipta oleh Jaron Lanier pada tahun 1989. Lanier merupakan salah seorang peneroka dalam bidang ini menubuhkan syarikat VPL Research (daripada "Virtual Programming Languages") yang mencipta sebahagian sistem pertama pada tahun 1980. Istilah berkait realiti buatan telah digunakan semenjak 1970 dan alam siber semenjak tahun 1984. Sistem hipermedia dan realiti maya pertama merupakan Aspen Movie Map yang dihasilkan di MIT pada tahun 1977.


Program tersebut merupakan simulasi maya kasar Aspen, Colorado di mana pengguna berjalan di jalan dalam tiga mod: musim panas, sejuk, dan poligon. Dua yang pertama berasaskan gambar – penyelidik telah mengambil gambar sebenar setiap pergerakan yang mungkin melalui grid jalan bandar dalam kedua musim – dan yang ketiga merupakan asas model 3-D bandar tersebut.

virtual-reality-classroom.jpg

Penggunaan Teknologi VR dalam kerja seharian sebagai Penolong Pegawai Sains dan Staf Universiti

Sebagai seorang staf di Fakulti saya akan memperkenalkan Teknologi Realiti Maya ini ke FKEE. Wujudkan aplikasi Realiti Maya VR berkaitan suasana sebenar pembelajaran di dalam makmal. Bagaimana situasi pembelajaran yang dijalankan antara makmal-makmal dan ruang-ruang kuliah yang digunakan begitu juga dengan peralatan makmal yang ada di Fakulti. Tujuan ini untuk menarik minat pelajar untuk mengikuti program-program yang ada di Fakulti juga dapat mempromosikan Universiti ke dunia luar.

TEKNOLOGI REALITI MAYA (VR)

Teknologi Realiti Maya (VR): Product

UTHM

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page