SELAMAT DATANG










Kelas Teknologi Maklumat

GMail
Gmail adalah singkatan bagi perkataan Google Mail. Gmail merupakan aplikasi email yang mudah digunakan.
​
Perkhidmatan Gmail ini adalah percuma dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mendaftar di akaun Google.
​
Gmail juga dikenali sebagai surat elektronik yang disediakan oleh Google dan juga mempunyai ruang penyimpanan yang sangat besar.

Google Drive
​Google Drive adalah perkhidmatan storan fail yang dibangunkan oleh Google.
​
Google Drive membolehkan pengguna untuk menyimpan fail dalam awan, menyegerakkan fail di seluruh peranti, dan berkongsi fail.
​
Selain laman web, Google Drive menawarkan aplikasi dengan keupayaan luar talian untuk Windows dan MacOS komputer, Android, IOS, telefon pintar dan tablet.
​
Google Drive merangkumi Google Documents, Helaian dan Slaid, suite pejabat yang membolehkan pengguna berkongsi dan kerjasama dokumen, spreadsheet, persembahan, lukisan, bentuk, dan banyak lagi.
​
Fail yang dicipta dan disunting melalui suite pejabat disimpan di dalam Google Drive.
​
Google Drive menawarkan pengguna 15 gigabait storan percuma, dengan 100 gigabait, 1 terabyte, 10 terabytes, 20 terabytes, dan 30 terabytes ditawarkan melalui pelan berbayar pilihan.
​
Fail yang dimuat naik boleh disimpan sehingga saiz 5 terabytes. Pengguna boleh menukar tetapan privasi untuk fail dan folder individu, termasuk membolehkan perkongsian dengan pengguna lain atau tetapan awam.
​
Di laman web, pengguna boleh mencari imej dengan menerangkan visual, dan menggunakan bahasa semula jadi untuk mencari fail tertentu.

Google Hangouts
Google Hangouts adalah sebuah platform komunikasi yang dikembangkan oleh Google merangkumi layanan video chat antara pengguna yang lain dan kumpulan boleh melakukan perbualan melebihi 10 orang dalam waktu yang sama.
​
​Aplikasi Google Hangouts ini memiliki banyak fungsi. Berikut beberapa kegunaan, manfaat dan fungsi yang boleh kita perolehi daripada Google Hangouts​ :
Boleh ‘chatting’ seperti ‘instant messaging’ lainnya.​
Boleh ‘chatting’ sambil ‘video call’ dengan 10 orang sekaligus.
Boleh SMS menggunakan Google Hangouts.
Mudah digunakan
Tidak perlu mendaftar hanya menggunakan akuan Google
Dan manfaat lain-lainnya (boleh diketahui jika kita menggunakannya).

Google Calendar
Pengguna perlu memiliki akaun Google untuk menggunakan perisian ini. Google Kalendar adalah salah satu aplikasi percuma yang disediakan google untuk para penggunanya.
​
Dengan Google Kalendar, pemilik akaun google bebas mengatur jadual dan maklumat juga boleh berkongsi jadual tersebut kepada pengguna lain.
​
Google kalendar boleh dibuat lebih dari satu, sebagai contoh mengadakan kalendar khusus untuk jadual urusan kerja dan jadual urusan peribadi.

Google Maps
Google maps adalah aplikasi pemetaan web yang dikembangkan oleh Google.
​
Aplikasi ini memberikan gambaran satelit, menampilkan peta jalan merangkumi dunia, keadaan lalu lintas, pelan lokasi, panorama 360° dan lain-lain.

Google Document
Google Document adalah salah satu aplikasi yang dikembangkan oleh Google untuk keperluan pengurusan dokumen khususnya aplikasi office.
​
Google Document bukan hanya sekadar menyimpan, namun ia juga boleh digunakan untuk mengedit program-program aplikasi di tempat kerja seperti Microsoft Office jika di Windows, atau Open Office secara atas talian.
​
Kita boleh berkongsi dokumen dan boleh diakses dimana-mana sahaja.
Aplikasi Google adalah salah satu produk dari Google yang memberikan fasiliti untuk mengatur kerja secara atas talian.
​
Aplikasi Google ini meliputi aplikasi web yang terkenal Google antaranya yang kami pelajari termasuk :
GMail
Google Drive
Google Hangouts
Google Kalendar
Google Maps
Google Dokumen​
Teknologi Maklumat
T0001
Prof Madya Dr Mohd Shahrizal B Sunar adalah pensyarah dan pembimbing bagi subjek Teknologi Maklumat.
​
Teknologi Maklumat atau IT atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Pembelajaran kali ini Prof Madya Dr Sharizal Sunar menerangkan kepada peserta tentang :
Pembinaan Laman Web menggunakan aplikasi wix.com secara percuma
Aplikasi Google
Revolusi Industri 4.0​​ - mengedit video menggunakan aplikasi youtube

Belajar membuat website bersama wix.com
Wix.com adalah platform pembangunan web berasaskan awan yang membolehkan penggunanya membuat laman web HTML5 dengan cara mengheret dan menampal. Pengguna boleh menambah pelbagai ciri seperti pautan media sosial, perdagangan elektronik, borang kenalan, pemasaran e-mel, dan forum komuniti ke laman web mereka menggunakan pelbagai aplikasi Wix.
​
Prof. Madya Dr Shahrizal Sunar mengajar kami bagaimana cara untuk membina Laman Web dengan menggunakan aplikasi wix.com. Dengan hanya membuka akaun email secara percuma di Google (Gmail) kami terus diajar bagaimana membina laman web sendiri. Aplikasi wix amat mudah dipelajari dan wix akan menerangkan satu persatu cara dan kaedah untuk membina laman web kita sendiri.

Penggunaan media sosial seperti blog, Facebook, YouTube dan Twitter tidak sekadar menjadi ruangan sembang kosong atau hanya untuk meluangkan masa lapang. Media sosial masa kini menjadi rangkaian komunikasi yang meluas kepada segenap lapisan masyarakat tidak kira golongan remaja atau dewasa memilih untuk menggunakannya.
​

