SELAMAT DATANG












Kelas Dan Amali Fizik
Prof. Madya Dr. Karim B Deraman ialah pensyarah dan pembimbing kami ketika Sesi Kelas dan Amali bagi subjek Fizik. Kursus ini meliputi tajuk-tajuk umum dalam fizik.
Objektif :
Selepas mengikuti kursus ini diharapkan pelajar dapat:
Memahami dan menerangkan konsep asas pengukuran
Memahami dan menerangkan konsep elektrik dan magnet
Memahami dan menerangkan konsep optik
​
Kursus ini meliputi tajuk-tajuk umum dalam bidang fizik. Tajuk yang dibincangkan adalah seperti Asas pengukuran serta penggunaan unit SI, elektrik serta kelektromagnetan, Optik gelombang, serta sifat-sifat cahaya.
​
Tajuk yang dibincangkan adalah seperti :
Asas Pengukuran serta Penggunaan Unit SI​​
Elektrik serta keelektromagnetan
Optik gelombang
Sifat-sifat cahaya
​
Fizik ialah sains alam semulajadi. Fizik membincangkan jirim, tenaga dan daya asas yang menguasai interaksi antara zarah.
​
Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik.
​
Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul. Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan.

Fizik
Fakulti Sains
Jabatan Fizik
Jabatan Fizik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia
Email : karimderaman@utm.my
