top of page

Panduan Pengguna Media Sosial Secara Professional


Penggunaan media sosial seperti blog, Facebook, YouTube dan Twitter tidak sekadar menjadi ruangan sembang kosong atau hanya untuk meluangkan masa lapang. Media sosial masa kini menjadi rangkaian komunikasi yang meluas kepada segenap lapisan masyarakat tidak kira golongan remaja atau dewasa memilih untuk menggunakannya.

Apakah Media Sosial


Media sosial merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, video dan audio.

Setiap minit, berpuluh-puluh video akan dimuat naik ke dalam YouTube. Berjuta-juta orang pula akan menggunakan FaceBook. Berjuta-juta pelanggan akan “tweet” dalam Twitter. Begitulah kehebatan orang ramai berkunjung ke media sosial. Mereka lebih senang melawat dan mengguna media sosial berbanding dengan melawat ke laman web agensi Kerajaan. Oleh yang demikian, Sektor Awam perlu menggunakan media ini secara strategik, bukan hanya mengguna kerana diarah menggunakannya.

Penggunaan Media Sosial

Penggunaan media sosial secara beretika adalah penting bagi mempastikan maklumat yang disebar dan dikongsi mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa. Justeru itu, pemantauan yang berterusan adalah penting demi menjaga kewibawaan perkhidmatan awam.

Berikut adalah Panduan Penggunaan Media Sosial secara Professional di UTM


  • Media sosial telah mengubah cara berkomunikasi – sebagai ahli dalam sebuah institusi dan sebagai individu. Media sosial juga telah memberi peluang bagi Universiti dalam mencapai dan berhubung dengan pelajar, pensyarah, staf, ibubapa, alumni, rakan serta komuniti dalam dan luar negara.

  • Penggunaan meluas media sosial di sektor awam termasuklah di UTM, tidak disekat penggunaannya. Namun ia perlu dikawal dan ditetapkan had-had dan batas yang amat perlu difahami oleh setiap warga Universiti dalam penggunaan seharian.

  • Setiap jabatan di UTM adalah digalakkan untuk mempunyai laman rasmi media sosial sendiri bagi memastikan hebahan dan hubungan yang telus dengan warga universiti dan masyarakat. Walaubagaimanapun, bagi menjaga reputasi dan nama baik insititusi ini, setiap perkara yang dikongsikan perlulah sentiasa mengikuti garis panduan berikut.

Panduan IT: Product

UTHM

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page