SELAMAT DATANG











Kelas Dan Amali Geologi
Prof. Dr Radzuan B Junin adalah Pensyarah dan Pembimbing bagi subjek Geologi.
​
Antara tajuk-tajuk yang dipelajari iaitu :
​
Sifat-sifat Fizik dan Kimia Bumi
Geologi merupakan sains dan kajian mengenai bumi, komposisi, struktur, bentuk fizikal, sejarah dan proses pembentukannya.​
​
Mineral
Mineral atau galian adalah sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Perkataan "mineral" merangkumi bukan hanya komposisi kimia sesuatu bahan tetapi juga struktur mineral. Komposisi mineral berbeza daripada unsur tulen dan garam mudah kepada silikat yang amat kompleks dengan beribu-ribu bentuk yang diketahui (sebatian organik biasanya tidak dikira). Kajian ke atas mineral ini dikenali sebagai mineralogi.​
​
Batuan
Batu adalah sejenis bahan yang terdiri daripada mineral dan dikelaskan menurut komposisi mineral. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan
kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.
tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;
struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.
Batu batan secara umum biasanya dikelaskan menurut proses yang membentuknya, dan dengan itu dipecahkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:
​batuan igneus
batuan enapan
batuan metamorfosis.
Batuan igneus adalah batu yang terbentuk daripada magma cair, batu enapan melalui enapan dan tekanan bahan tertentu, dan batuan metamorfosis samaada melalui salah satu daripada dua yang terdahulu selepas berkukar akibat suhu dan tekanan. Dalam kes dimana bahan organik kekal meninggalkan kesan dirinya pada batu, hasil ini dikenali sebagai fossil.
​

Geologi
Jabatan Kejuruteraan Petroleum Dan Kejuruteraa Tenaga Diperbaharui
Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga (FKT)
