SELAMAT DATANG
AUGMENTASI REALITI (AR)

Teknologi Augmentasi Realiti (AR)
Teknologi Augmentasi Realiti (AR) adalah satu aplikasi teknologi yang menggabungkan objek dalam bentuk tulisan, gambar atau bunyi menggunakan aplikasi di telefon pintar atau komputer sama ada dua dimensi atau tiga dimensi ke dalam persekitaran tiga dimensi dengan pandangan dunia sebenar dalam masa yang sama.
​
Secara teknikalnya Augmentasi Realiti (AR) merupakan teknologi yang menggabungkan unsur-unsur dunia sebenar yang dilihat daripada kamera dengan unsur-unsur tambahan dalam bentuk multimedia iaitu teks, video, animasi dan model 3D. Menerusi teknologi itu, pengguna akan dapat melihat objek maya dalam dunia nyata.
​
Dengan bantuan teknologi Augmentasi Realiti (AR) yang canggih maklumat tentang dunia nyata di sekeliling pengguna menjadi interaktif dan dimanipulasi secara digital. Maklumat mengenai alam sekitar dan objeknya dilapisi di dunia nyata. Maklumat ini boleh menjadi maya atau nyata. Augmentasi Realiti (AR) yang dipertingkatkan membawa komponen dunia ke dalam dunia sebenar yang dilihat seseorang.

Sejarah AR
Sejarah mengenai Augmentasi Realiti (AR) sudah bermula dari tahun 1957-1962, konsep pertama dikenalkan oleh Morton Heilig seorang sinematografer. Morton Heilig mencipta sebuah simulator iaitu Sensorama dengan visual, getaran dan bau.
​
Teknologi Augmentasi Realiti yang mula dikaji sejak tahun 1960-an oleh Ivan Sutherland yang memperkenalkan Helmet Mounted Display (HMD). Tahun 1975, seorang ilmuwan bernama Myron Krueger menemukan Videoplace yang memungkinkan pengguna, dapat berinteraksi dengan objek virtual.
Tahun 1989, Jaron Lanier, memperkenalkan Virtual Reality dan menciptakan perniagaan komersial pertama di dunia maya.
Sistem Augmentasi Realiti (AR) berfungsi menyediakan pengalaman realiti bercampur impresif untuk pengguna dicipta pada awal 1990-an, bermula dengan sistem Peranti Maya yang dibangunkan di Amerika Syarikat. Augmentasi Realiti juga mengubah dunia pendidikan, di mana kandungan boleh diakses dengan mengimbas atau melihat imej dengan peranti mudah alih.
Tahun 1992 mengembangkan Augmentasi Realiti untuk melakukan penambahbaikan pada pesawat Boeing dan LB Rosenberg mengembangkan salah satu fungsi sistem augmentasi realiti yang disebut Virtual Fixtures yang digunakan di Angkatan Udara Amerika Syarikat Armstrong Labs dan menunjukkan manfaatnya kepada semua. Pada tahun 1992 juga, Steven Feiner, Blair Maclntyre dan Doree Seligmann memperkenalkan Major Paper untuk perkembangan Prototype AR.

Penggunaan teknologi AR dalam kerja seharian sebagai seorang Penolong Pegawai Sains dan staf Universiti
Sebagai seorang staf di Fakulti saya akan mencadangkan untuk menghasilkan aplikasi augmentasi realiti di Pusat Sumber untuk tujuan mempromosikan Pusat Sumber FKEE. Sebagai contoh dengan hanya mengimbas nombor barkod atau tajuk di tesis maklumat penulis serta penyelia akan terpapar, begitu juga data dan maklumat yang ada di dalam tesis. Penggunaan ini akan menjadikan pencarian tesis lebih menyeronokkan, mudah dan menjimatkan masa.